KHM Food Industries (KHM) ditubuhkan pada tahun 2007 membuat dan menjual otak-otak (daun nipah dan popiah) dan sos tauhu bakar. Selaras dengan masa dan pertumbuhan positif, syarikat kini juga menghasilkan pepes, satar dan keropok lekor.
Otak-otak (daun nipah & popiah)
Satar (daun pisang & popiah)
Pepes (otak-otak ayam)
Keropok lekor krispi
Sos tauhu bakar
Pada Januari 2010, KHM telah memperbesar dan meningkatkan kapasiti pengeluaran serta memiliki pengiktirafan pensijilan HALAL daripada JAKIM. Menaik taraf syarikat kepada KHM Food Industries Sdn. Bhd. dengan penjenamaan baru produknya iaitu Mamart Food.