Satar
Satar ialah produk berasaskan isi ikan yang diadun bersama tepung, kelapa parut, cili, bawang dan rempah terpilih. Ianya dibalut dengan daun pisang dan berbentuk kon. Satar merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia.
Satar keluaran Mamart Food telah mendapat maklumbalas yang sangat positif daripada pelanggan-pelanggan kerana kualiti dan rasanya yang padu. Ia menepati slogan Mamart Food iaitu 'makin dirasa makin terasa'. Satar yang dipanggang menggunakan bara atau api kecil membangkitkan aromanya yang tersendiri. Ianya juga boleh dimasak menggunakan teknik kukus atau oven dalam anggaran masa 10 hingga 20 minit. Satar Mamart Food telah berjaya menambat selera dan memenangi hati penggemar-penggemar satar di Malaysia. Produk berkualiti ini telah mengukuhkan jenama Mamart Food di pasaran. |
Satar popiah
Satar popiah ialah isi satar yang telah dimasak/kukus terlebih dahulu. Kemudian ianya dibalut dengan kulit popiah.
Produk ini sangat mudah disediakan kerana ianya hanya perlu digoreng. Tidak perlu dinyahbeku sebaliknya boleh terus dimasukkan kedalam minyak yang telah dipanaskan. Satar popiah Mamart Food dijadikan menu sarapan pagi, minum petang dan sebagai pilihan kuih semasa majlis jamuan. |